Selamat Datang Para Perwakilan dan Tetamu ke Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat Kali ke 60.
Saya mewakili Dewan Muslimat PAS Pusat mengalu-alukan kehadiran para perwakilan dan tetamu ke Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat Kali ke 60.
Muktamar kali ini akan diadakan pada 11-12 September 2020 di Hotel Premiera Kuala Lumpur, Menara MARA Kuala Lumpur.
Majlis Perasmian akan diadakan pada 11 September 2020 dan akan dirasmikan oleh YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat sendiri. Sidang muktamar akan bermula pada 12 September 2020 bermula jam 7pagi hingga 2 petang.
Antara Acara istimewa dalam Majlis Perasmian adalah slot Pelancaran Gerakan Wanita Sejahtera (GWS) dan Penyampaian Anugerah khas Sempena Muktamar PAS kali ke-60.
Muktamar kali ini akan diadakan dengan cara norma baru dan mengikuti SOP Majlis Keselamatan Negara dengan ketat untuk membantu mengekang wabak Covid-19.Bagi negeri dan kawasan yang terkesan dengan wabak Covid19 , para perwakilan akan mengikuti sidang muktamar secara atas talian.
Bersama kita doakan Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat ini berjalan lancar , mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah swt.
Islam Memimpin, Wanita Sejahtera
Dr Nurul Hani Ali
Setiausaha
Dewan Muslimat PAS Pusat
7 September 2020.
19 Muharram 1442H