Ye benar,
Politik kotor bila bertuhankan nafsu..
Politik kotor bila tamakkan harta..
Politik kotor bila gilakan kuasa..
Politik kotor bila tiada dasar aqidah..
Namun sebaliknya,
Politik Islam itu sangat indah..
Politik merupakan sebahagian dalam Islam. Kerana sifat syariat Islam itu bersifat komprehensif atau syumuliah yang merangkumi pelbagai aspek dalam lapangan kehidupan. Dari sekecil-kecil perkara sehingga ke peringkat yang besar
Politik Islam :
Politik berlandaskan Aqidah,
Politik bertunjangkan prinsip,
Politik Dakwah & Amar Makruf Nahi Mungkar,
Politik penyelesaian berasaskan Islam,
Politik utamakan rakyat,
Politik Damai dan diplomasi,
Politik benar bukan persepsi,
Politik rasional dan profesional..
politik Islam tidak boleh lari dari:
(1) Panduan dari al-Quran dan as-Sunnah.
(2) Pertimbangan maslahat dan mudarat pada neraca syarak bukan nafsu emosi.
(3) Mendaulatkan agama dan menegakkan syariat sebagai punca kuasa bagi merealisasikan kejayaan di dunia dan akhirat kelak.
Meninggalkan politik dan membiarkan politik dikuasai oleh golongan perosak salah di sisi agama. Malah inilah yang disukai oleh musuh agama.
Umat Islam akhirnya akan dikuasai urusan mereka oleh golongan perosak yang membawa kerosakan.
Hanif J
Politik Anak Muda Islam….
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor