Sedia maklum pasca pkp dan penularan c-19 semua maahd Tahfiz/Pondok di bawah MANTAP juga tidak dibenarkan beroperasi melainkan mendapat izin dari pihak berkuasa negeri.
Kini dalam tempoh PKPP ini, maahad maahad tahfiz sudah mula boleh dibuka beransur ansur dengan mematuhi SOP yang ditetapakan.
Justeru MANTAP telah mengambil inisiatif membantu meringankan beban kos kewangan dengan mengagihkan pelitup muka dan handsanitizer kepada semua Institusi di bawah MANTAP yang akaj mula beroperasi pasca pkp.
35 buat tahfiz pondok dan madrasah menerima agihan barang² ini bagi mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Sumbangan ini telah disampaikan oleh Al Fadil Ustaz Khairul Azmi bin Ismail selalu Pengerusi MANTAP.
Pihak MANTAP mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih dan sekaling penghargaan kepada En Mihd Suhaimi @ Abe Mie selalu CEO sebuah syarikat bumiputera TRS yang telah menyumbang dan memberikan bantuan kepada pihak MANTAP.
Pihak MANTAP juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah membantu dan menyumbang kpd semua Institusi di bawah MANTAP dalam membantu untuk pembukaan semula dalam tempoh PKPP ini.