Selepas pemergian Almarhumah Puan Saimah dan cucu sulungnya beberapa hari lalu, suami beliau pula dijemput ke hadrat Allah SWT hari ini setelah bertarung nyawa akibat insiden kemalangan di Pelabuhan Klang baru-baru ini.
Ya Allah, pertemukanlah kembali mereka berdua beserta ahli keluarga mereka di JannahMu, terimalah segala pengorbanan dan kerja kuat mereka untuk Islam & Jemaah.
Kami menjadi saksi atas kesungguhan mereka bersama jemaah Islam ini.
Sesungguhnya kita semua milik Allah dan kepadaNya kita semua akan kembali.
Ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga Almarhumah Puan Saimah serta Allahyarham suami beliau daripada PAS Kawasan Kota Raja.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor
#SalamTakziah
#PASKotaRaja