Sesi perkongsian bagaimana melahirkan pusat khidmat Adun/MP yang berkesan, dengan Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), secara online, malam ini.
Saya kongsikan pengalaman yang tak seberapa saya kepada ahli sidang, bagaimana Pusat Khidmat Adun Bangi berperanan dan beroperasi dahulu.
Antara isi perkongsian saya ialah;
- Sistem penyampaian berkesan
- Sistem kawalan kewangan
- Konsep ‘parti menguasai kerajaan’
Semua yang saya sampaikan adalah hasil yang digerakkan bersama oleh semua yang berada di belakang saya dahulu; jentera parti di semua peringkat yang begitu komited, jentera (agensi²) kerajaan yang sentiasa menyokong, Kerajaan Negeri yang punya political will, petugas² pejabat Adun yang sangat dedikasi dan lain²nya.
Terima kasih DMPM yang sudi menjemput saya. Moga ada kebaikan.
Yang baik daripada Allah jua.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor