Kita bercerita tentang sejarah merdeka agar generasi muda rasa sayang pada negara,
Maka ceritakan juga sejarah perjuangan Islam agar generasi muda rasa sayang pada Islam..
Kita bercerita berkaitan pejuang kemerdekaan agar generasi muda mengenang jasa mereka mempertahankan negara,
Maka ceritakan juga berkaitan pejuang Islam agar generasi muda mengenang jasa mereka mempertahankan Islam..
Kita cerita tentang jerit perit pejuang negara untuk mendapatkan kemerdekaan agar ganerasi muda terus mempertahankan kemerdekaan,
Maka ceritakan juga jerit perit dakwah nabi dan para sahabat untuk menyebarkan Islam agar generasi muda terus mempertahan kedaulatan Islam.
“Siapa yang berjuang dengan nama Allah dan niat yang baik, sentiasa dalam keredhaan Allah.. Sesiapa yang lupakan niat, khianat dan tamak akan dimurkai Allah” Syeikh Abdullah Fahim..
Bangga sebagai rakyat Malaysia,
Terlebih bangga sebagai seorang Muslim..
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor