KIBARKAN JALUR GEMILANG
24 Ogos 2020 l 5 Muharram 1442
- Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk menyemarakkan lagi Hari Kebangsaan sempena bulan Kemerdekaan pada bulan Ogos ini dengan memperhebatkan lagi kibaran Jalur Gemilang sama ada pada kenderaan, rumah, premis perniagaan dan di mana sahaja yang mampu menzahirkan semangat patriotik kalangan warganegara.
- Selain sambutan kali ke 63 tahun negara menyambut kemerdekaan, tahun ini juga merupakan ulang tahun ke 50 bagi Rukun Negara. Pelancaran kali ke 50 tahun Rukun Negara telah pun dilancarkan oleh YAB Perdan Menteri pada 9 Julai 2020 yang lalu. Pelancaran tersebut amat wajar kerana Rukun Negara yang diisytiharkan pada tahun 1970 ekoran selepas kejadian rusuhan kaum.
- Walaupun tahun ini negara berhadapan dengan pandemik COVID-19, ia bukanlah alasan untuk semangat patriotik semakin kendur malah ia sepatut menjadi pemangkin sangat apabila kita dapat melihat kerjasama semua pihak dari peringkat pimpinan, petugas barisan hadapan dan rakyat umum berganding bahu menangani pandemik COVID-19 ini bersama-sama.
- Di tambah lagi, kerajaan pada hari ini bukan lagi kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini yang banyak sangat polimik meresahkan rakyat ekoran dominasi penguasaan DAP dalamnya, maka sewajarnya kita terus perteguh mendokong Kerajaan Perikatan Nasional yang ada bagi menyemarakkan lagi Sambutan Hari Kemerdekaan pada kali ini.
- Cintakan negara adalah sifat yang harus ada dalam diri setiap rakyat malahan ia bukanlah bercanggah dengan agama. Ini kerana dari perspektif agama, negara merupakan medium atau tapak bagi tingkatan yang lebih tinggi dari tahap masyarakat dalam pelaksanaan Islam yang lebih luas. Justeru, kita boleh lihat, bagaimana dalam Sirah Rasulullah SAW memerangi, menghalau dan ada yang dibunuh kalangan pengkhianat Yahudi Bani Nadhir dan Bani Quraizah yang asalnya duduk dalam negara Madinah kerana mereka bersubahat dan bersekongkol dengan musuh untuk mengancam negara Madinah.
- DPPNS juga secara khususnya menyeru kepada semua entiti pemuda PAS agar menyambut sambutan Semarak Hari Kebangsaan ini dengan memastikan kibaran Jalur Gemilang di setiap markaz, premis intitusi pendidikan iaitu PASTI dan SRITI serta apa juga program yang dianjurkan. Kita tunjukkan kesejahteraan negara pada hari ini adalah hasil gabungan jalinan perasaan cintakan negara oleh semua rakyat dan pastinya kerana Malaysia aman tanpa penguasaan DAP lagi.
Malaysia Prihatin
Demi Islam
Bangkit : Pemuda Perintis Kebangkitan Ummah
Ustaz Hanafi Bin Zulkapli
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor