Home Berita PAS Pahang

Muslimat PAS Pahang bersedia hadapi pru15

640
SHARE

ISLAM MEMIMPIN WANITA SEJAHTERA

Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Pas Negeri Pahang kali ke 32 telah berjaya di adakan di Kompleks al-Makmur Kerdau dengan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Muktamar yang berlangsung pada hari di hadiri oleh pemerhati dari Badan Perhubungan PaS Pahang iaitu Ustaz Shahril Azman Yb Jengka, manakala pemerhati dari Dewan Muslimat Pas Pusat adalah puan Fairuz Idris dan Hjh Hadijah Mahmud.

Muktamar dirasmikan oleh Pesuruhjaya Jaya Pas Pahang, YB Ust Rosli Abdul Jabar.

Dewan Muslimat Pas Pahang telah bersedia dan telah menggerakkan jenteranya bagi menghadapi PRU 15 pada bila bila masa sahaja.

Dalam mengamalkan politik matang dan mengukuhkan muafakat nasional, muslimat Pas bergerak dan bekerja berdasarkan keputusan dan arahan pimpinan.

Tahniah diucapkan kepada kepimpinan muslimat negeri yang sentiasa bersemangat dalam memacu perjuangan Islam.

* Kehadiran terhad akibat Covid 19 *