Home Artikel PAS Perlis

Kayuhan Kembara Merdeka Marakkan Semangat Cintakan Negara

534
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

ARAU : Program Kayuhan Kembara Merdeka DUN Guar Sanji 2020 yang telah berlangsung pagi tadi menyaksikan penyertaan lebih 80 orang peserta.

Dianjurkan bersama oleh Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Guar Sanji dan Alternative Cycling Club (ACC) Arau, program yang julung-julung kali diadakan itu membabitkan jarak kayuhan sejauh 30 kilometer.

Majlis pelancaran program, telah diadakan di Markas PAS Semut Gatal dekat sini kira-kira jam 7.30 pagi.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Sanji Ustaz Ustaz Mohd. Ridzuan Hashim, penyertaan yang amat menggalakkan khususnya dari kalangan generasi muda membuktikan semangat cintakan negara masih menebal dalam diri rakyat di negeri ini.

“Selain dapat berbasikal bersama, kami juga ingin menyemarakkan semangat patriotik dan cintakan negara dalam kalangan peserta melalui acara sebegini, bersempena dengan sambutan bulan kemerdekaan yang sedang berlangsung sekarang.

“Sepanjang kayuhan, kami telah berhenti di 14 buah lokasi dan acara simbolik penyerahan Jalur Gemilang telah diadakan kepada para pengerusi JKKKPs dan ketua-ketua cawangan dalam DUN Guar Sanji.

“Bagi pihak PKWR DUN Guar Sanji, saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak khususnya pihak PDRM, AADK Negeri Perlis, Jabatan Amal Malaysia Negeri Perlis, GS Care dan PeKa yang turut sama membantu menjayakan program pada hari ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.