Para anbiya’ memandu manusia dalam perkara ketuhanan dan juga cara hidup di dunia dengan jalan yang betul. Namun, masih ramai di kalangan manusia yang melampaui batasan Allah yang penuh rahmatNya terhadap mereka.
Sejarah para Rasul menunjukkan perjuangan mereka dalam melaksanakan perintah Allah adalah untuk menyelamatkan manusia bersama hidayahNya dengan menghadapi semua lapisan umat.
Mereka bukan sahaja berdakwah di lapangan rakyat, bahkan turut menghadapi pihak atasan iaitu golongan al-Mala’ yang mempengaruhi rakyat.
YB DATO SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
PRESIDEN PAS
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
24 Zulhijjah 1441H | 14 Ogos 2020
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan