Home Artikel PAS Selangor

Slot Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Selangor | JPrN Selangor – Lawatan JPrN Selangor Ke Kawasan Parlimen Subang

550
SHARE

Subang, Selangor | 14 Ogos 2020

Bermulalah beberapa siri lawatan JPrN Selangor turun bertemu dengan Jentera Pilihanraya kawasan – kawasan. Selaku Timbalan Pengarah 4 Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Selangor Sdr. Zukri Ahmad telah mengetuai rombongan JPrN turun ke Kawasan Parlimen Subang.

Pertemuan tertutup bersama Jentera Pilihanraya PAS Kawasan Subang itu berlangsung di PASTI Al – Badar, DUN Kinrara.

Kata beliau setiap gerak kerja dilakukan dengan unsur positif dan elakan pemikiran unsur negatif. Sekiranya PAS tidak bertanding, PAS perlu membantu memenangkan calon Parti Komponen Taawun. Lihat seperti di Cameron Highland dan Semenyih dari segi kebersamaan memenangkan Calon Muafakat Nasional.

PAS bergerak dengan 3 unsur utama iaitu Tarbiyah, Dakwah & Siasah. Elemen Tarbiyah penting untuk kelangsungan kedua-dua unsur lain tersebut.

Pengarah Pilihanraya PAS Subang membentangkan secara ringkas maklumat gerak kerja Pilihanraya di dalam DUN Kinrara itu sendiri. Kehadiran dianggarkan 20 orang. Semoga apa yang telah dibentangkan ini dapat direalisasikan dan di terjemahkan dlm bentuk undian dan kemenangan.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

24 Zulhijjah 1441H | 14 Ogos 2020

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan