Muktamar DPPNS akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 26 Zulhijjah 1441 / 16 Ogos 2020
Hari : AHAD
Masa : 8.30 Pagi
Tempat : Dewan Grand Airiz, No 427, Jln Gjh 22, Kubu Gajah, Sungai Buloh Selangor
Sehubungan dengan itu semua Exco, perwakilan, pemerhati dan jemputan perlu diingatkan untuk mematuhi Standard Prosedur Operasi PKP sebagaimana arahan yang dikeluarkan oleh MKN seperti berikut:
- Membuat saringan kesihatan (bacaan suhu badan) dipintu masuk dewan.
- Pematuhan pemakaian penutup muka atau “face mask” dengan betul.
- Mendaftar kehadiran dengan menggunakan Aplikasi MySejahtera melalui QR code yang disediakan oleh pihak pengurusan dewan.
- Pamerkan bukti pendaftaran anda kepada anggota JAMNS yang bertugas sebagai pengesahan.
- Sentiasa menjaga penjarakan sosial dan dilarang berkumpul beramai-ramai.
Jika ada mana-mana individu melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh MKN dan di saman atas ketidak patuhan arahan, pihak DPPNS tidak akan bertanggungjawab kerana segala peringatan telah dikeluarkan.
Mewakili seluruh warga JAMNS kami mengucapkan selamat bermuktamar kepada semua Muktamirin, semoga segala urusan dipermudahkan dalam kita bersama melaksanakan kewajipan kita.
Shehdi Hazrik Shamsudin
Pengarah
Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor
24 Zulhijjah 1441H | 14 Ogos 2020
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#BeramalKeranaAllah
#PemudaBangkitDemiIslam
#JabatanAmalMalaysiaNegeriSelangor