Oleh: Amirul Syakirin
ARAU : Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Guar Sanji dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta Akademi Binaan Malaysia (ABM) akan menganjurkan Program Pensijilan Kad Hijau dan SKKP CIDB.
Program yang berjalan selama dua hari itu akan diadakan di Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Dun Guar Sanji pada Khamis 27 Ogos 2020.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Sanji, penyertaan adalah terhad kepada 50 orang peserta terawal yang mendaftar sahaja.
“Program akan bermula pada jam 10.00 pagi dan bayaran sebanyak RM 85 dikenakan bagi memperolehi kad hijau pada akhir program tersebut.
“Fokus program ini adalah untuk memberi peluang kepada golongan belia dan masyarakat yang berkelayakan untuk menceburi bidang pembinaan,” katanya ketika dihubungi di sini pagi ini.
Para peserta yang berminat boleh menghubungi wakil PKWR Guar Sanji di talian 017-419 3792 (Zarul) atau 013-497 3884 (Shahir).