Home Artikel PAS Sabah

PAS Batu Sapi sedia hadapi PRN Sabah

281
SHARE

Oleh : Abdul Rahim Junior
10 Ogos 2020

BATU SAPI : PAS Batu Sapi sentiasa bersedia menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri yang diumumkan baru-baru ini.

Parti Islam itu tidak menolak sebarang kemungkinan dan optimis untuk meletakkan calon pada pilihanraya kali ini.

Hal ini telah disuarakan oleh Yang Dipertuanya, Ahmad Naufal dalam ucapan beliau semasa Mesyuarat Agung Tahunan PAS Batu Sapi di Taman Mawar, semalam.

Beliau juga menyatakan bahawa kebarangkalian yang disuarakan ini adalah dengan bertanding sekurang-kurangnya satu DUN sama ada di DUN Sekong atau DUN Karamunting.

“Pun begitu, komitmen ini akan mengambil kira perundingan di peringkat nasional dan juga negeri khususnya dengan rakan Muafakat Nasional, iaitu UMNO yang juga dilihat memiliki kekuatan di dalam kedua-dua Dun berkenaan,” jelasnya.

“Sememangnya PAS wajar untuk diberikan ruang dan peluang pada PRN Sabah kali ini memandangkan kita juga ada kekuatan tertentu yang boleh digunakan,” ujarnya lagi.

Dalam PRU14 yang lepas, PAS telah meletakkan calon untuk bertanding di kedua-dua DUN tersebut selain turut bertanding di Parlimen Batu Sapi.