Oleh : Laila Ismail
09 Ogos 2020
BATU SAPI. Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah hadir bersama memenuhi jemputan Srikandi PPBM dalam pertemuan Majlis Ramah Mesra bertempat di Manggelan Sutera Harbour, Kota Kinabalu pada pagi kelmarin.
Pertemuan santai ini merupakan salah satu usaha bagi memperkukuh hubungan baik dengan rakan-rakan semua parti dalam Pakatan Harapan khususnya di Sabah.
Jemputan yang diketuai oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah, Norsah Bongsu hadir bersama pimpinan DMP Negeri Sabah berasa sangat terharu atas layanan dan ukhwah yang diberikan oleh semua wakil Srikandi PPBM.
Dalam pertemuan tersebut, Norsah juga menyatakan tentang kepentingan menjaga ukhwah dan silaturrahim antara semua ahli dan masyarakat bukan hanya dalam situasi politik sahaja tetapi juga dalam segala hal terutamanya berkaitan kebajikan orang sekeliling kita.
Turut hadir dalam majlis ini adalah YB Datuk Azizah DSP Mohd Dun selaku Ketua Serikandi Bersatu Sabah, ahli-ahli Srikandi PPBM dan pimpinan Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah.