Kuala Langat, Selangor | 8 Ogos 2020
Persatuan Penduduk Taman Banting Baru dengan kerjasama Jabatan Amal Malaysia Kawasan Kuala Langat telah mengadakan program gotong-royong membersihkan sisa-sisa kebakaran Surau Al-Firdaus Taman Banting Baru.
Ini bagi membina tapak kawasan solat sementara surau berkenaan turut dilebarkan kerana ahli kariah surau tetap ramai mengimarahkan Surau Al – Firdaus.
Selain daripada Jabatan Amal, Alternative Riding Club (ARC), NGO WeShare dan orang tempat turut serta dalam program gotong-royong pembersihan tapak surau yang diadakan itu.
Setelah selesai semuanya Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Langat diwakili Ustaz Hanif Bin Jamaluddin selaku Ketua Pemuda Dewan Pemuda Kuala Langat merangkap Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menyerahkan sedikit saguhati hasil daripada sumbangan orang ramai kepada wakil Surau A-Firdaus bagi membangunkan semula surau berkenaan.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan