Home Berita PAS Perak

Perak Perkasa Hubungan Dua Hala Dengan Kerajaan Negeri Kelantan

585
SHARE

Image may contain: 4 people, people standing, text that says "Media Rasmi Lasmi YB TUAN HAJI RAZMAN BIN HAJI ZAKARIA"????? ??????? ???????? ??? ???? ?????? ???????? ?????? ????????

KOTA BHARU, 6 Ogos 2020 – Buat pertama kali, Menteri Besar Perak, YAB Dato’ Seri Ahmad Faizal Dato’ Haji Azumu membuat kunjungan hormat ke kediaman Menteri Besar Kelantan, YAB Ustaz Datuk Ahmad Yakob di sini.

Ketibaan Menteri Besar Perak itu disambut penuh mesra dan ukhuwah oleh Menteri Besar Kelantan bagi memperkukuh hubungan antara Kerajaan Negeri Perak dan Kerajaan Negeri Kelantan terutama selepas Kerajaan Perikatan Nasional mengambil tadbir urus kerajaan pusat pada Februari lalu.

Pelbagai agenda pembangunan negeri dan isu-isu semasa turut dibincangkan dalam pertemuan tersebut.

Turut hadir mewakili Kerajaan Negeri Perak, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil, YB Tuan Razman Zakaria dan Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Penerangan, YB Ustaz Mohd Akmal Kamarudin, serta Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak, YB Ustaz Khalil Yahya.

Manakala mewakili Kerajaan Negeri Kelantan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi Maklumat, YB Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, YB Dato’ Mohd Nassuruddin Daud.

Menteri Besar Perak membuat lawatan kerja selama dua hari bermula Khamis ke Negeri Kelantan Darul Naim itu yang dipimpin oleh pentadbiran Parti Islam Semalaysia (PAS) sejak tahun 1990.Image may contain: 7 people, people standing, text that says "6 Media Rasmi YB TUAN HAJI RAZMAN BIN HAJI ZAKARIA"Image may contain: 2 people, people standing, text that says "M Meaia Rasmi YB TUAN HAJI RAZMAN BIN HAJI ZAKARIA"