Home Berita PAS Selangor

Saff Bahtera BPPNS | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor – Pertemuan Berkala Mempererat Muafakat Nasional Selangor

700
SHARE

Shah Alam, Selangor | 5 Ogos 2020

Muafakat Nasional Selangor untuk ke sekelian kalinya mengadakan pertemuan dan mesyuarat berkala di antara PAS dan UMNO Selangor di Pejabat Perhubungan UMNO Selangor, Shah Alam.

Pertemuan dihadiri oleh kedua kepimpinan tertinggi negeri yang masing-masing diketuai oleh Pesuruhjaya PAS Selangor YB Dato Dr Ahmad Yunus Hairi dan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor YB Tan Sri Noh Omar. Di samping kepimpinan lain diperingkat kedua-dua parti.

Pertemuan yang tamat hampir jam 1 pagi itu banyak membincangkan agenda dan gerak kerja bersama. Dalam keadaan ‘mood rakyat’ yang sangat memihak kepada Muafakat Nasional, kepimpinan di peringkat Negeri dapat menentukan halatuju yang jelas dan langkah seiringan dalam mendepani apa saja cabaran mendatang.

Muafakat Nasional Selangor terus mara dengan penuh keyakinan dan optimis bersama jentera kedua-dua parti yang terus istiqamah bekerja demi perjuangan rakyat di Negeri Selangor.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan