Home Berita PAS Selangor

Selangor PAS Youth (SPY) Corner – Keyboard Setiausaha DPPN Selangor : Muktamar DPPNS Bangkit Semangat Juang

383
SHARE

Sg. Buloh, Selangor | 5 Ogos 2020

Indahnya hidup berjemaah ini,
bila terasa berat akan menjadi ringan,
yang terasa kusut pasti akan terlerai,
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

InsyaAllah kurang dari 2 minggu Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor akan dilaksanakan.

Segala bentuk persiapan sedang diatur sebaiknya, semua ahli panitia Muktamar memberikan komitmen yang terbaik terutama tuan rumah DPPK Sg Buloh.

Dalam pertemuan kami malam tadi, pembentangan paling lama adalah dari Jabatan Amal berkaitan kepatuhan SOP perwakilan dan tetamu.

Mungkin muktamar kali ini adalah muktamar yang paling ringkas dan cepat, namun ia juga akan jadi muktamar yang paling ketat. Tidak mustahil perwakilan yang tidak mematuhi SOP akan diminta pulang bagi menjamin kelangsungan muktamar.

50 anggota Jabatan Amal akan ditugaskan bagi menjaga keselamatan lalu lintas dan kepatuhan SOP sepanjang muktamar.

Dengan tema “Demi Islam Pemuda Bangkit” insyaAllah akan membangkitkan semangat juang para perwakilan untuk memberikan khidmat yang terbaik pada jemaah Islam yang tercinta ini.

Hanif J
Setiausaha Pemuda PAS Selangor
Hati penuh debar, moga dipermudahkan.

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan