Umat Islam sentiasa dalam keadaan rugi apabila para pendakwah dan ilmuan tidak mengetahui garisan khilaf.
Saya mengikuti perkembangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia – Yadim dari dekat. Melihat sebahagian sahabat ASWJ galak menyerang Ustaz Nasrudin Hassan apabila dilantik sebagai YDP YADIM. Terkini laporan SINAR separuh masak mengenai ‘Dakwah di Media Sosial perlu Tauliah’.
1) Isu Dakwah di Media Sosial perlu Tauliah
Saya harap sangat sahabat-sahabat ASWJ melihat dahulu video penuh di Facebook Sinar Harian.
Dan gambar keratan akhbar SINAR sebagaimana tertera dibawah untuk pencerahan secara JELAS !
YDP YADIM dengan jelas menyebutkan bahawa beliau tidak mahu isu tauliah menjadi sebab menyempitkan dakwah. Namun pemantauan penting agar kandungan dakwah tidak tersasar dari jalan Islam.
2) Isu perlantikan YDP YADIM
Sebahagian sahabat-sahabat ASWJ menyerang Ustaz Nasrudin Hassan kerana dilantik YDP YADIM. Sedangkan didalam YADIM dibawah Kerajaan Perikatan Nasional begitu ramai tokoh Ilmuan dilantik di bawah YADIM berbanding zaman PH memerintah. Bahkan jangan lupa Adun DAP dilantik sebagai ALP YADIM pada zaman PH.
Adakah kita lebih seronok DAP berada didalam YADIM berbanding rakan-rakan Islamis kita?
Berhentilah menyerang sesama kita sehingga memberi ruang pada kelompok liberal dan musuh Islam berseronok.
Hiduplah dengan saling melengkapi. Jangan acukan senjata pada rakan. Yang berterusan rugi adalah umat Islam.
sekian
ابو معاذ محمد شكري عمر المليباري المنيري
خويدم طلبة العلم الشريف في المعهد المنير
14 Zulhijjah 1441H | 4 Ogos 2020
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan