PAS memasuki Kerajaan Persekutuan dengan mempunyai agenda pentadbiran yang jelas. Tidak menciplak dari mana-mana kerajaan ataupun semata-mata mengikut kaedah sedia ada. Tanpa mempunyai pemikiran inovatif. Konsep Negara Berkebajikan yang telah digagaskan oleh Tuan Guru Presiden PAS kini membuka ruang untuk diimplementasikan.
Menteri Alam Sekitar dan Air YB Dato Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga selaku Timbalan Presiden PAS dalam ucapan penggulungan di Parlimen mengumumkan Kementerian (KASA) menubuhkan sebuah institusi yang berkaitan dengan wakaf air, bertujuan membantu perbekalan air pada rakyat. Konsep termaktub dalam Dokumen Negara Berkebajikan iaitu masyarakat awam khususnya golongan berkemampuan berkongsi tanggungjawab dengan Kerajaan untuk menyediakan keperluan asas seperti air kepada rakyat awam yang lain.
Pendekatan ini mengambil ibrah dari idealisnya sahabat mulia Baginda Nabi SAW iaitu Saidina Osman bin Affan r.a yang punyai jiwa ta’awun yang tinggi dalam berkongsi nikmat dan rasa tanggungjawab. Nur Sirah tidak kunjung malap. Tinta ini merakamkan bagaimana Saidina Osman r.a merupakan hartawan dan dermawan. Dengan kekayaan yang ada, beliau mewakafkan telaga air miliknya untuk kegunaan awam. Konsep ini diteruskan oleh generasi kemudian dalam Kerajaan Islam.
Tahniah YB Menteri!!
Tahniah KASA!!
Us Syarhan Humaizi Halim
Ketua Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
14 Zulhijjah 1441H | 4 Ogos 2020
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan