Home Berita PAS Sarawak

Selamat Menyambut Hari Raya Eidul Adha Di Musim Pandemik Covid-19

689
SHARE

PAS Sarawak ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Idul Adha 2020 terutama khas untuk semua Muslimin di seluruh negara. Semoga kita semua sentiasa menjaga keselamatan dan kesihatan sempena Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Walaupun PKP diperketatkan di Sarawak kerana peningkatan kes jangkitan COVID-19 di beberapa daerah, ini juga merupakan salah satu pengorbanan bagi mereka yang merasa sukar untuk kembali ke kampung untuk merayakan ibadah qurban bersama keluarga dan rakan-rakan.

Polis Sarawak bersedia menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya prosedur operasi standard (SOP) yang berkaitan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilonggarkan di bawah pelaksanaan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan lagi.

Semua cabaran dan cubaan ini juga merupakan ujian bagi kita sebagai umat Islam untuk belajar mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa untuk menjaga kesihatan dan keselamatan masyarakat di negara ini.

Belajarlah dari keikhlasan seorang Nabi, yaitu Nabi Ibrahim ketika baginda mengorbankan anakandanya dan seperti Nabi Ismail yang ikhlas dan menerima semua kehendak Allah SWT. Jadikan Eidul-Adha tahun ini sebagai masa untuk kita belajar berjuang dengan ikhlas dan berlaku adil kepada semua tanpa mengira agama dan politik.

Tetapi yang paling penting adalah utamakan keselamatan dan kesihatan terlebih dahulu agar wabak Covid-19 dapat dicegah dari terus merebak.

Pandemik ini adalah ujian, seperti yang pernah dilakukan Nabi Ibrahim. Eidul Adha masih disambut, semoga anda mendapat keberkatan dari Ar-Rahim. Selamat Hari Raya Eidul Adha 1441 H.

“Semoga Eidul Adha ini, Allah memberkati anda semua dengan kebahagiaan, kejayaan, dan kedamaian.”

Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS Sarawak