HARI ARAFAH 1441H: RUANG PENYUCIAN DIRI
Allah SWT mengurniakan pelbagai peluang kepada umat Nabi Muhammad SAW untuk meningkatkan amalan yang tidak diberikan kepada umat-umat yang lain.
Salah satu daripadanya ialah Hari Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah yang penuh dengan kelebihan sebagaimana hadis yang diriwayatkan dari Abu Qatadah Al-Anshari RA: Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa pada hari Arafah. Maka Baginda bersabda:
“Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang”
(Hadis Riwayat Imam Muslim)
Rebutlah peluang Hari Arafah ini dengan amalan-amalan seperti berpuasa sunat, berzikir dan bersedekah. Semoga kita tergolong bersama yang diampunkan dosanya setahun yang lalu dan setahun akan datang.
Siiru ‘ala barakatillah
*Islam Memimpin Perpaduan*
*USTAZ AZHAR YAHYA*
*Pesuruhjaya*
*Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan*
29 Julai 2020 l 9 Zulhijjah 1441H
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2641952959352339&substory_index=0&id=1589112137969765