Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Hari Arafah:Merebut Detik Keemasan Memohon Keampunan

1303
SHARE

Hari Arafah:Merebut Detik Keemasan Memohon Keampunan

Hari Arafah adalah bersempena dengan amalan berwukuf di Padang Arafah yang merupakan salah satu daripada rukun fardu bagi umat Islam yang menunaikan ibadat haji. Bagi umat Islam yang tidak mengerjakan ibadat haji, mereka dianjurkan melakukan amal soleh seperti berpuasa, berzikir dan ibadat sunat yang lain pada hari tersebut sebagai mana hadis Rasulullah SAW.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Berpuasa pada hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya.” (Hadis riwayat Muslim)

Justeru,Dewan Muslimat PAS Malaysia menyeru kepada seluruh jemaah haji dan juga umat Islam agar merebut detik keemasan yang dianugerahkan Allah ini.

Iktibar yang kita perlu kita insafi adalah umat Islam perlu bersatu memelihara perpaduan ummah yang menghadap arah kiblat yang sama, menguatkan keterikatan hati agar kita dapat mendepani cabaran dan ujian yang mendatang.

Hanya di bawah naungan panji Islam dan suluhan cahaya Al-Quran dan Al-Sunnah sahaja, kita akan menjadi umat terbaik sekaligus sebagai contoh tauladan kepada umat sejagat.

Selamat mengisi Hari Arafah dengan amalan soleh.

YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
9 Zulhijjah 1441H
30 Julai 2020