Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Gombak kali ke 25 pada hari ini dilangsungkan di Dewan Fadhil Noor Kuizm Gombak.
Dalam Mesyuarat Agung kali ini, satu usul diterima untuk dibahaskan dan diterima secara sebulat suara. Usul tersebut menegaskan agar Muafakat Nasional perlu diperkasakan. Dengan meletakkan justifikasi keutamaan keputusan calon PRU 15 di Parlimen Gombak dan DUN Gombak Setia, Hulu Kelang dan Sungai Tua mestilah dipersetujui oleh Muafakat Nasional.
Usul ini dibawa oleh al Fadhil Us Farhan Suhut selaku NYDP PAS Gombak. Perwakilan diberi penjelasan bahawa Muafakat Nasional Pusat yang termetrai pada 14 September 2019 yang menjadi sejarah terlakar dalam perjuangan perlu dipertahankan.
Begitu juga dalam ucaptama YDP PAS Gombak, beliau menekankan bagaimana PAS Gombak menyahut saranan dan inspirasi yang dibawa oleh Tuan Guru Presiden dan PAS Pusat agar gagasan Muafakat Nasional ini diperkukuhkan.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan