Home Berita PAS Perak

Perjumpaan YB Razman Bersama Warga Kolej Vokasional Perak

632
SHARE

Image may contain: 4 people, people sittingPERJUMPAAN YB RAZMAN BERSAMA WARGA KV PERAK

TAIPING, 23/07/2020, 8.00am-

Kolej Vokasional (KV) bukanlah lagi merupakan suatu yang asing dalam bidang pendidikan di negara ini. Kementerian Pendidikan pernah menyatakan 83.1% graduan Kolej Vokasional mendapat pekerjaan mengikut bidang pilihan dalam tempoh 3 bulan selepas graduasi membuktikan mereka menerima pengiktirafan daripada industri .

Perkara ini dikuatkan lagi dengan kenyataan YB Tuan Haji Razman Zakaria yang menyatakan terdapat ramai di kalangan lepasan graduasi Kolej Vokasional dengan kemahiran yang dimiliki telah menjadi usahawan berjaya yang melahirkan banyak peluang pekerjaan dan ini merupakan sesuatu yang sangat dibanggakan.

Adakalanya jika dibandingkan dengan graduasi dari universiti lain yang dilihat lebih bertaraf tinggi tetapi hanya menjadi pekerja berbanding graduan Kolej Vokasional yang mempunyai kemahiran dan mengembangkan kemahiran itu dalam bentuk perniagaan seterusnya menjadi usahawan yang membuka peluang pekerjaan kepada ramai dilihat lebih memberi impak yang tinggi kepada negara dari sudut pembangunan insan.

Beliau yang juga Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO, dan Masyarakat Sivil Perak menyatakan demikian ketika berucap dalam program ‘Perjumpaan YB Tuan Haji Razman Bersama Warga Kolej Vokasional Perak’ di Hotel seri malaysia di sini hari ini.

Majlis yang berlangsung di Dewan Tasik Indah 1&2 itu menyaksikan kehadiran pengarah-pengarah kolej vokasional seluruh perak yang diketuai oleh Pengerusi Majlis Pengarah Kolej Vokasional Zon Perak Tuan Haji Abdul Rashid Ahmad.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian Anugerah Kecemerlangan kepada warga Kolej Vokasional yang terpilih dan hamper serta cenderahati kepada YB. Turut hadir Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Encik Zulkifli Mastor dan Ahli Majlis Perbandaran Tajping Ustaz Ibrahim.

Image may contain: 3 people, people standingImage may contain: one or more people and indoorImage may contain: one or more people, people sitting and indoorImage may contain: 4 people, people standing