Home Berita PAS Wilayah

Jelajah Motosikal Hijaukan Titiwangsa

1249
SHARE

TITIWANGSA : Program Jelajah Hijau Titiwangsa telah diadakan dengan jayanya buat pertama kali di P119 Titiwangsa pada 25 Februari 2018. Program jelajah sekitar Zon Pandan dalam Parlimen Titiwangsa ini dianjurkan oleh Alternative Riding Club (ARC).

Program ini telah menghimpunkan anak muda bermotor seramai 50 orang dan turut disertai oleh AJK PAS Kawasan dan Ahli PAS Zon Pandan yang membantu menjaga lalulintas.

Yang Di-Pertua PAS Kawasan Titiwangsa, Tuan Haji Khairul Anwar Abdul Manap telah menyempurnakan pelepasan peserta Jelajah Hijau Titiwangsa di Markaz PAS Titiwangsa Darul Ummah Kampung Pandan.

Program ini mampu menyebarkan syiar Islam kepada penduduk sekitar dan menunjukkan sokongan anak muda bermotor kepada PAS. Ini juga merupakan signal yang jelas PAS akan merampas kembali P119 Titiwangsa pada PRU 14 nanti, katanya.

Menurut Ustaz Suhaimi Abdul Aziz, Ketua Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa program ini akan diteruskan ke zon-zon yang lain iaitu Zon Keramat dan Zon Kampung Baru dan diharap mesej untuk melakukan perubahan ke arah yang lebih baik dapat disampaikan kepada para pengundi.

Disamping program jelajah, edaran risalah juga diadakan di setiap tempat persinggahan termasuklah di PETRON Desa Pandan, TESCO Ampang dan Taman Tasik Ampang Hilir. Program diakhiri dengan sesi Tazkirah di Masjid Nurul Islam Desa Pahlawan dan solat Asar berjemaah.