Home Artikel Dewan Ulamak PAS Pusat

Pemergian Yang Dirasai

860 views
SHARE

PEMERGIAN YANG DIRASAI.

Oleh : PPU Asyraf Zulkifli

27 FEB 2018 – Ketua Urusan Ulamak PAS Kawasan Besut, Alfadhil Ustaz Hawari Abbas dilaporkan telah kembali ke rahmatullah. Bumi Besut telah kehilangan seorang tokoh agama yang yang ikhlas dalam setiap pergerakkan kerjanya.

Dilaporkan Ustaz Hawari Abbas ( Ketua Urusan Ulamak PAS Kawasan Besut ) telah kembali ke rahmatullah sekitar jam 10.00 malam bertarikh 26 Februari 2018 (Isnin).

Jenazah beliau akan disolatkan di Pondok At Taqwa, Padang Luas, Besut selepas solat zohor harini.

Semoga Allah merahmati roh Allahyarham dan menempatkannya bersama Anbiya, Sidiqqin, Syuhada’ dan Solihin. Al – Fatihah.