Hulu Selangor, Selangor | 21 Julai 2020
Semalam Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Selangor telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Selangor Kali Ke – 30.
Tuan Amri Abdullah Sani selaku Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Kawasan merangkap Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor telah mengetuai Majlis Mesyuarat Agung Tahunan tersebut.
Lokasi Mesyuarat Agung Tahunan berkenaan berlangsung di PASTI Ummi Sham, Bukit Sentosa. Majlis Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Selangor Kali Ke – 30 telah dirasmikan oleh Ustaz Hanafi Bin Zulkapli selaku Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor. Perwakilan yang hadir seramai 70 orang daripada 32 Cawangan, kehadiran perwakilan tertakluk kepada SOP PKPP.
Tetamu undangan yang turut hadir adalah Tuan Hj. Hasnizan Harun YDP PAS Kawasan Hulu Selangor, Saudara Syahril Rahim selaku Ketua Pemuda Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor bersama rombongan Exco, Saudara Sivananthan Setiausaha Pemuda MIC bahagian Hulu Selangor.
“Pemuda mestilah bijak dan berkebolehan dalam pelbagai aspek kerana kita adalah sayap kepada jemaah.” Tambah Ustaz Hanafi dalam perasmian beliau.
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan