RAZMAN RAI 100 PENERIMA SUMBANGAN ANJURAN ECONSAVE
BAGAN SERAI, 18/07/2020, 10.00am-
Sifat bantu membantu dan memelihara kebajikan mereka yang memerlukan merupakan amalan yang seharusnya diterapkan di kalangan rakyat bagi memupuk masyarakat sivil yang harmoni, berikut ulas ADUN Gunung Semanggol, Razman Zakaria.
Beliau yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Negeri telah meraikan 100 penerima sumbangan barangan dapur daripada pihak Econsave dengan penyampaian barang sumbangan bersama Pengarah Urusan Econsave En. Zamzuri Mansor.
“Saya difahamkan pihak Econsave telah memilih 100 penerima yang layak untuk diberi bantuan barangan keperluan dapur. Jadi marilah sama-sama kita memberi sokongan kepada pihak mereka supaya usaha ini dapat diteruskan di masa akan datang,” jelas beliau.
Sementara itu pengarah program Hari ini Encik Mohammad Fahimi menyatakan bahawa matlamat program adalah untuk memperkenalkan pasaraya Econsave kepada penduduk Bagan Serai. Pengurus Econsave cawangan Parit Buntar Chen Siaw Pin yang turut hadir dalam majlis tersebut pula menyatakan komitmen Econsave untuk terus menyalurkan sumbangan di tempat-tempat lain dan dalam waktu terdekat akan melaksanakannya di kawasan Parit Buntar.
Seorang penduduk dari Parit Mentara 2 yang ditemuramah Makcik Sofia melahirkan rasa syukur dan mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana terpilih sebagai penerima setelah dimaklumkan oleh wakil dari pihak Masjid Jamek Bagan Serai. Majlis yang diadakan di perkarangan pintu masuk utama pasaraya itu diakhiri dengan sesi bergambar dan serahan cenderahati kepada YB Tuan Hj Razman Zakaria.