Home Berita PAS Selangor

Bingkisan Rida’ Di Bahu Siri 4 Ketua Dewan Ulama PAS Selangor – Berpolitik Dalam Islam Memiliki Feqah Yang Tersendiri

976
SHARE

Seperti Solat, Puasa, dll terdapat Ilmu Feqahnya, sama juga Politik Islam.

Ia dinamakan Feqh Siyasah. Politik Islam terikat kepada 5 hukum (Wajib, Sunat, Haram, Makruh, Harus). Disamping itu ia juga terbuka kepada ijtihad yang sangat luas, memerlukan kebijaksanaan para ulamak untuk memberi idea dan pendapat bersesuaian keperluan masa dan suasana. Gabungan antara ahli politik professional dan ulamak sangat signifikan agar Politik Islam sentiasa segar dan terkini.

Sabda Nabi SAW diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim, Hadith daripada Muawiyah RA, Nabi SAW bersabda :
مَن يُردِ اللَّهُ بهِ خَيرًا يُفقِّهُّ في الدِّينِ
Maksudnya : “Sesiapa yang Allah inginkannya menjadi baik, diberikannya kefahaman dalam agama…”

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan