Home Berita PAS Selangor

Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan Dewan Muslimat Pas Negeri Selangor – Meneruskan Sesi Ziarah Kebajikan Skuad Prihatin.

873
SHARE

Rumah pertama yang telah diziarah adalah rumah keluarga kepada Setiausaha DMPK Hulu Langat & Pengerusi Lajnah Pengurusan Harta DMPNS iaitu Puan Ain Airil, yang baru sahaja kematian ayahnya. Manakala rumah kedua dan ketiga, masing-masing adalah rumah keluarga yang terdiri daripada ahli DHPP.

Rumah keempat yang telah diziarahi ialah rumah seorang warga emas yang sedang sakit dan rumah terakhir, salah seorang anggota keluarga mereka adalah OKU.

Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan Dewan Muslimat Pas Negeri Selangor meneruskan lagi sesi ziarah kebajikan Skuad Prihatin.#PasSelangor#BersamaMembawaSejahtera#IslamMemimpinPerpaduan

Posted by PAS Selangor on Thursday, July 2, 2020