Home Berita PAS Wilayah

Tahniah Dr. Luqman Atas Pelantikan Sebagai Mufti Wilayah Persekutuan Baharu

1833
SHARE

PAS Kawasan Titiwangsa merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Sahibus Samahah Dr Luqman Abdullah berikutan pelantikan sebagai Mufti Wilayah Persekutuan yang baharu.

Pelantikan Dr. Luqman Abdullah adalah sebagai pengganti kepada Yang Berhornat Senator Dato’ Seri Dr Zulkifli Muhamad Al Bakri. Ini kerana Dato’ Seri Dr. Zulkifli telah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam kabinet Perikatan Nasional.

PAS Kawasan Titiwangsa mengucapkan selamat bertugas kepada Dr. Luqman, semoga diberi kekuatan dan kebijaksanaan dalam menyampaikan kebenaran dan pelaksanaan hukum-hakam Agama Islam khususnya di Wilayah Persekutuan.

‘Islam Memimpin Perpaduan’

 

Yang benar,
HAJI KHAIRUL ANUAR ABDUL MANAP
Yang Dipertua PAS Kawasan Titiwangsa.

17 Mei 2020 | 24 Ramadan 1441