Oleh: Hedzer Ibrahim
KAMPUNG PANDAN, Ahad – Dewan Muslimat PAS Kawasan Titiwangsa telah mengadakan program Edaran Bubur Lambuk disekitar Blok E dan F, Desa Pandan pada petang, 15 Mei yang lalu.
Program diketuai oleh Puan Sharifah Rashida Sayed Idrus dan ahli-ahli Muslimat PAS Kawasan Titiwangsa. Dewan Muslimat juga menjemput Yang Dipertua PAS Kawasan Titiwangsa, Tuan Haji Khairul Anuar Abd Manap untuk turut bersama mengedar bubur lambuk.
Para Petugas Keselamatan tidak dilupakan apabila Tuan Haji Khairul Anuar sendiri telah menemui serta menyantuni para petugas tersebut serta menyampaikan bubur lambuk sebagai juadah untuk mereka berbuka puasa.
Kelihatan para pekerja kerajaan dan swasta yang diberi kelonggaran untuk bekerja telah menerima pemberian bubur lambuk dengan senyuman mesra.
Para petugas PAS dari Zon Kampung Pandan turut turun membantu dari segi pengangkutan serta edaran bubur lambuk.
Edaran Bubur Lambuk seterusnya adalah pada 18 Mei 2020 iaitu pada hari Isnin.
Justeru itu, orang ramai yang ingin menyumbang, boleh ke akaun Maybank:5640-9850-4101 (PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN TITIWANGSA). Untuk maklumat lanjut, sila hubungi nombor Cikgu Yusoop (011-13373066) atau En. Hedzer (019-2708639).
Kami dahulukan dengan ucapan terima kasih. Jariah anda kami sampaikan kepada mereka yang berhak mendapatkannya.