Belia Harapan Agama, Bangsa dan Negara
“Jika kamu mahu melihat masa depan sesebuah negara, maka lihatlah pemuda-pemudinya pada hari ini.” Saidina Ali R.A
Belia adalah aset kepada sesebuah negara kerana mereka adalah penyambung kedaulatan dan ketamadunan sesuatu bangsa.
Kelebihan fizikal dan intelektual yang ada pada mereka hendaklah digunakan untuk mencapai kebaikan dan manfaat buat semua.
Apatah lagi setelah seluruh dunia diuji dengan pandemik Covid-19 hingga memberi kesan pada ekonomi dan kehidupan manusia seluruhnya, peranan belia hendaklah digembeleng agar negara kita dapat dipulihkan semula.
Justeru, ayuh para belia dan beliawanis sekalian lengkapkan diri masing – masing dengan ilmu dan kemahiran yang tepat demi memberi memberi sumbangan pada agama, bangsa dan negara.
Tinggalkan segala perkara sia – sia yang tidak mendatangkan faedah dan jangan sesekali membazirkan usia belia ini.
Andalah harapan kami.
“Islam Memimpin Perpaduan”
PAS KAWASAN BATU
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BATU
DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN BATU