Oleh Nurul Nadiyah
KAMPUNG BARU, Isnin – PAS Kawasan Titiwangsa Zon Kampung Baru menyerahkan Sumbangan Pek Bidara dan barangan dapur kepada 70 orang penerima sumbangan di PASTI Muhammad Al-Fateh pagi semalam.
Sumbangan disampaikan oleh Ustaz Abdul Rahman Hamzah, Ketua Zon Kg Baru bersama Ustaz Mohamad Suhaimi bin Abdul Aziz, Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Titiwangsa. Turut bersama ialah Puan Khairi Syutina Mahmood, Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Titiwangsa.
Justeru itu, PAS Kawasan Titiwangsa merayu kepada warga Malaysia yang prihatin untuk turut menyumbang kerana pembelian barang-barang keperluan dapur masih diteruskan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), lebih-lebih lagi untuk persiapan Syawal yg bakal tiba.
Misi sepanjang Ramadan ini juga lebih menarik. PAS Kawasan Titiwangsa berharap dapat meneruskan bantuan sepanjang PKPB ini. Misi ini pasti akan berjaya dengan bantuan dan sumbangan orang ramai.
Sumbangan anda boleh disalurkan ke akaun, Maybank : 5640-9850-4101 (PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN TITIWANGSA). Untuk maklumat lanjut boleh berhubung dengan Cikgu Yusoop (011-13373066) atau En. Hedzer (019-2708639).
Kami dahulukan dengan ucapan terima kasih. Jariah anda kami sampaikan kepada mereka yang berhak mendapatkannya.