Home Berita PAS Wilayah

20 keluarga PPR Desa Tun Razak terpilih menerima sumbangan barangan dapur dari Dewan Muslimat PAS Malaysia.

845
SHARE

20 keluarga PPR Desa Tun Razak terpilih menerima sumbangan barangan dapur dari Dewan Muslimat PAS Malaysia.

Oleh: Cahaya Syuhada’

9 Mei 2020, Bandar Tun Razak: Seramai 20 penerima terdiri daripada penduduk PPR Desa Tun Razak telah dipilih menerima sumbangan barangan dapur dari Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM).

Senarai nama 20 penerima itu telah diberi oleh Persatuan Kebajikan Penduduk PPR Desa Tun Razak dan para penerima terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.

Sumbangan telah disampaikan oleh Timbalan Ketua DMPM iaitu Dr Rosni Adam dan Dr ‘Uyun selaku Pengerusi Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan DMPM.

“Gerak kerja membantu golongan kurang mampu dapat dijalankan kerana adanya para petugas PAS yang sentiasa siap siaga menghulurkan bantuan. Itulah istimewanya ahli PAS, jika tidak melalui duit mereka bersedia menghulurkan bantuan dari segi tenaga. Terima kasih daripada pihak PAS BTR kepada para muslimat terutama DMPM kerana sudi memilih BTR untuk agihan ini”, kata Dr Rosni Adam ketika majlis penyampaian tersebut.

Turut hadir Yang Dipertua PAS BTR, Hj Shukor Md Aziz dan AJK Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan PAS BTR, wakil Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan, Pn Zurina beserta AJKnya.

Dikesempatan ini, PAS BTR mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama semua pihak, juga kepada Persatuan Kebajikan Penduduk PPR Desa Tun Razak atas kesudian menerima kehadiran pihak DMPM.

#StayAtHome
#CegahCovid19
#TabungCaknaCovid19
#RingankanBebanMereka
#LajnahKebajikanKemasyarakatanPASBTR