Pekerja yang baik adalah mereka yang memiliki hati yang tulus, sentiasa berjuang untuk keluarga, masyarakat dan negara.
Tugasan dan cabaran yang dihadapi oleh semua pekerja pastinya tidak sama lebih-lebih lagi ketika musim PKP ini.
Namun semestinya akan mendapat pahala dan ganjaran yang besar sekiranya diniatkan kerana Allah swt, tidak semata-mata hanya untuk mendapat pulangan keduniaan sahaja.
Dewan Muslimat PAS Negeri Perak merakamkan syabas dan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pekerja-pekerja barisan hadapan bukan sahaja mereka yang berada didalam KKM ,ATM , PDRM tetapi semua yang terlibat secara langsung dalam operasi perbekalan makanan seperti nelayan ,petani ,pemandu lori ,pekerja-pekerja disyarikat jualan dan sebagainya yang telah bertungkus lumus bekerja di musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Kelainan sambutan hari pekerja pada tahun ini pastinya menggamit memori dan mengajar norma baharu buat kebanyakan pekerja di negara ini.Diharapkan semua norma baharu ini akan dapat dipraktikkan pasca PKP dan kita semua dapat terus membantu membangunkan negara kita selepas wabak COVID19.
Kekallah menjadi pekerja yang ikhlas, bersungguh-sungguh dan berintergriti sebagaimana firman Allah swt dalam surah
Al-Qasas ayat 26:
قَالَتۡ إِحۡدَىٰهُمَا يَٰٓأَبَتِ ٱسۡتَـٔۡجِرۡهُۖ إِنَّ خَيۡرَ مَنِ ٱسۡتَـٔۡجَرۡتَ ٱلۡقَوِيُّ ٱلۡأَمِينُ
Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: “Wahai ayah, ambilah dia memjadi orang upahan (mengembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah”.
Akhir kata, Dewan Muslimat PAS Negeri Perak ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja di Malaysia, semoga terus cemerlang di hari-hari yang mendatang.
“Pekerja dan Cabaran Budaya Norma Baharu”
“Islam Memimpin Wanita Sejahtera”
Ikhlas Daripada ,
Dr Hjh Najihatussalehah Binti Ahmad
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Perak
1 Mei 2020 / 8 Ramadan 1441H
#KitaJagaKita
#KitaMestiMenang
#StayAtHome