Kekalkan Asas Pekerjaan dalam Norma Baharu
إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يُحِبُّ إِذَا عَمِلَ أَحَدُكُمْ عَمَلًا أَنْ يُتْقِنَهُ.
“Sesungguhnya Allah menyukai apabila salah seorang daripada kamu melakukan sesuatu pekerjaan, ia melakukannya dengan itqan (baik, sempurna dan teliti).” (Riwayat al-Baihaqi)
Kesungguhan dalam bekerja bukan sahaja akan menghasilkan nilai kerja yang tinggi kualitinya bahkan juga disukai di sisi Allah SWT.
Dalam melakukan sesuatu pekerjaan juga, biarlah ia bertujuan untuk memenuhi keperluan dan memberi kebaikan kepada orang lain serta bukan semata-mata kerana wang.
Lebih-lebih lagi dalam mendepani cabaran norma baharu di masa akan datang, kita hendaklah sentiasa berfikir tentang bagaimana untuk memenuhi keperluan dan memberi manfaat kepada manusia sejagat dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.
Walau apapun perubahan yang berlaku dalam alam pekerjaan selepas ini, kita hendaklah sentiasa berpegang pada asas ajaran Islam iaitu bekerja dengan penuh kehambaan kepada Allah SWT, tanggungjawab agar segala kebaikan dan manfaat itu dapat mengalir ke dalam kehidupan manusia seluruhnya.
Justeru Dewan Muslimat PAS Malaysia ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua rakyat Malaysia sama ada yang sedang bekerja di dalam mahupun di luar negara.
Semoga Allah SWT sentiasa memandu kehidupan kita untuk melakukan kerja-kerja yang baik dengan penuh tanggungjawab dan integriti. Amin.
“Pekerja dan Cabaran Budaya Norma Baharu”
YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh.
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
8 Ramadan 1441H
1 Mei 2020