*Misi Bantuan Segera PKP : Peniaga, Pekerja Kontrak Dan OKU Tiada Pendapatan*
Oleh NURUL NADIYAH
*TITIWANGSA*, 25 April – Seramai 14 orang penerima Sumbangan Prihatin diteruskan lagi oleh Zon Pandan dan Zon Keramat, PAS Kawasan Titiwangsa hari ini pagi tadi.
Misi bantuan dalam tempoh PKP di bulan Ramadan diteruskan bagi memastikan sumbangan kepada penduduk yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menerima sumbangan segera.
Sumbangan disampaikan oleh Hedzer Ibrahim, Pengarah Jentera Pilihanraya, (JPRP) merangkap Ketua Zon Pandan dengan dibantu oleh Mohamad Bakhtar, Aidi Alfian, Sukarelawan Prihatin Zon Pandan & Zon Keramat serta AJK PAS Kawasan Titiwangsa.
Sumbangan berupa keperluan dapur seperti beras, telur, tepung, gula, susu. Sumbangan yang berterusan daripada orang ramai membantu mengurangkan bebanan mereka sepanjang tempoh PKP dan bulan Ramadan ini.
Para penerima terdiri daripada para peniaga yang terhenti perniagaan, pekerja kontrak, warga emas, orang kelainan upaya dan keluarga yang ada tanggungan besar. Tidak ketinggalan juga warga Indonesia dan Rohingya.
Justeru itu, PAS Kawasan Titiwangsa mengajak warga Malaysia yang prihatin untuk turut menyumbang kerana pembelian barang-barang keperluan dapur masih diteruskan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan (PKPD), lebih-lebih lagi untuk bekalan makanan mereka di bulan Ramadan.
Pasukan Prihatin PAS Zon Pandan berharap dapat meneruskan bantuan mengedarkan kurma dan bubur lambuk kepada orang ramai dalam bulan Ramadan. Misi ini pasti akan berjaya dengan bantuan dan sumbangan orang ramai.
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun,
*Maybank : 5640-9850-4101*
(PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN TITIWANGSA)
serta hubungi AJK kami untuk maklumat lanjut :
1) Cikgu Yusoop (011-13373066)
2) Hedzer Ibrahim
(019-2708639)
Kami dahulukan dengan ucapan terima kasih. Jariah anda kami sampaikan kepada mereka yang berhak mendapatkannya.
#RamadanKareem
#stayathome
#StaySafe
#stayhome
#malaysia
#DudukRumah
#Covid_19
#kitajagakita
#PKP
#pastitiwangsa
*See First | Like | Share* ✅
https://www.facebook.com/525165360893616/posts/2893530950723700/