Home Artikel PAS Wilayah

PAS Labuan Serah Sumbangan Kepada JKM Labuan

277
SHARE

Oleh Jenno Jamil

LABUAN, Sabtu – PAS Kawasan Labuan telah membuat penyerahan 100 bakul sumbangan bekalan makanan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Labuan hari ini.

Yang Dipertua, Haji Hamir Haji Zahari bersama Timbalan Yang Dipertua, Ustaz Junid Aling dan Naib Yang Dipertua, Haji Rahim Haji Salleh membuat penyerahan tersebut di Pejabat JKM Labuan sekitar pukul 11.00 pagi tadi dan diterima oleh Pengarah JKM Labuan, Tuan Ansharey B Matarsad. Turut hadir bersama adalah Tuan Ahmad Alhafiz B Hj Awang.

Haji Hamir mengharapkan dengan penyerahan sumbangan tersebut dapat membantu keluarga yang terputus bekalan makanan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan oleh kerajaan yang telah masuk fasa ke 4.

“Mudah-mudahan sumbangan ini akan dapat membantu meringankan bebanan kepada yang memerlukan dan semoga Allah SWT mempermudahkan urusan JKM Labuan dalam membuat pengagihan kepada keluarga yang terjejas,” kata Haji Hamir.

Terdahulu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengarahkan semua organisasi atau NGO tidak memberikan sumbangan secara terus kepada penerima. Barangan sumbangan harus dikumpul di Pusat pengumpulan sumbangan dan pihak JKM yang akan mengagihkan sumbangan tersebut.

Kepada warga Labuan yang terputus atau memerlukan bekalan makanan, anda boleh terus menghubungi Bilik Gerakan JKM Labuan di talian 087-424961.