مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
“Barangsiapa yang berpuasa Ramadan kerana iman dan penuh keikhlasan (mengharap rahmat Allah), maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu”. (HR Bukhari No: 37)
Alhamdulillah, syukur ke hadrat ALLAH SWT kita direzekikan bertemu dengan bulan Ramadhan pada tahun ini. Kita akan bersama-sama untuk menunaikan Rukun Islam ketiga iaitu berpuasa di Bulan Ramadan, bulan yang penuh dengan hikmah.
Bulan yang turunnya Al-Quran dan ada padanya malam terbaik diantara seribu malam iaitu malam Lailatul Qadar.
Walaupun Ramadan kali ini kita sambut sedikit berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya kerana ini adalah Ramadan pertama kita tidak dapat Solat Tarawih berjemaah di Masjid. Bazar Ramadhan juga tidak dapat diadakan seperti setiap tahun disebabkan Pandemik Covid19. In shaa ALLAH ada hikmahnya.
Kami mendoakan agar kita semua dipermudahkan dapat menjalani ibadah di bulan Ramadan ini dengan lebih baik dan semoga Coronavirus ini dihapuskan secepatnya di muka bumi ini, bermunajatlah kepada Allah SWT.
Oleh itu, saya menyeru semua rakyat Malaysia untuk banyakkan beribadat di bulan mulia ini bersama ahli keluarga dalam masa yang sama kita memberikan kerjasama dengan duduk di rumah dan mematuhi semua arahan yang diberikan. Kita Mesti Menang!
Semoga kita semua sentiasa dikuatkan hati dan jiwa raga untuk sama-sama memutuskan rangkaian Covid 19 di negara kita tercinta iaitu Negara Malaysia seterusnya di seluruh dunia terutama di bulan Ramadhan ini.
Akhir kalam, mewakili saff kepimpinan PAS Kawasan Sandakan, saya mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan dan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa kepada seluruh Rakyat Malaysia yang khususnya masyarakat yang beragama Islam di Sandakan.
Sekian, terima kasih.
ISLAM MEMIMPIN PERPADUAN
Tulus Ikhlas,
SAHAR ABDUL MAJID,
Yang Dipertua PAS Sandakan,
Merangkap
Timbalan Pesuruhjaya
PAS Negeri Sabah.