MPP ziarah penduduk mangsa ribut
BATU – Penduduk di sekitar Batu dikejutkan dengan ribut kencang dan hujan lebat lebih kurang pukul 4.35 petang semalam.
Keadaan menjadi lebih buruk apabila terdapat pokok ketapang dan tiang elektrik tumbang di kawasan Kampung Chubadak ekoran dari hujan ribut itu.
Bahagian atap beberapa buah rumah penduduk juga tercabut telah diterbangkan angin dalam kejadian tersebut.
Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Sentul Tengah, Haji Abu Bakar Abd Rahman telah turun padang ke lokasi kejadian sejurus dimaklumkan.
Turut hadir, Pengerusi MPP Parlimen Batu, Gulam Muszaffar Haji Gulam Mustaqim.
Semasa tinjauan ke tempat kejadian, penduduk kampung telah bergotong-royong mengalihkan dan memotong pokok tumbang serta membersihkan kawasan yang terlibat.
Pihak juga TNB telah dihubungi bagi membaikpulih tiang elektrik yang tumbang.
Haji Abu Bakar ketika tinjauannya di lokasi tersebut, melahirkan rasa simpati terhadap kejadian yang berlaku.
“Saya mengucapkan takziah kepada penduduk kampung yang terlibat dan mengharapkan agar mereka bersabar dengan dengan ujian ini.
“InsyaAllah pihak MPP sentiasa bersedia untuk memberi bantuan kepada penduduk sekitar Sentul yang ditimpa musibah seperti ini,” ujar beliau lagi.