Home Berita PAS Wilayah

Sambutan Hari Buku Sedunia 2020

1866
SHARE

SAMBUTAN HARI BUKU SEDUNIA

اقْرَأْ وَرَبُّكَ الأكْرَمُ . الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ

Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Mulia. Yang mengajar (manusia) dengan pena. (Surah Al ‘Alaq : 3 – 4)

Hari Buku Sedunia yang diwartakan pada 23 April setiap tahun oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bertujuan untuk meningkatkan minat masyarakat dunia terhadap budaya membaca dan mencintai buku.

Bersempena dengan Hari Buku Sedunia yang menghampiri Ramadhan tahun ini, PAS Kawasan Batu ingin mengajak seluruh umat Islam khususnya untuk bertadarus al-Quran bersama ahli keluarga dan berusaha untuk mengkhatamkannya dalam bulan yang mulia ini.

Buat semua rakyat Malaysia amnya, marilah kita memanfaatkan masa lapang yang ada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dengan aktiviti membaca buku dan bahan-bahan ilmiah yang lain di rumah masing-masing.

Jika budaya membaca dan menghargai buku berjaya dihidupkan dalam diri setiap dari kita, insyaAllah ia akan menatijahkan masyarakat yang baik nilai insaninya dan berfungsi untuk memacu Malaysia Sejahtera.

Iqra’, bacalah!

“Islam Memimpin Perpaduan”

PAS KAWASAN BATU
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BATU
DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN BATU