Home Berita PAS Wilayah

PAS Batu Santuni Golongan Terjejas

621
SHARE

Oleh : Maizatul Asida

BATU, 16 April – Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) PAS Kawasan Batu meneruskan usaha menyantuni golongan yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ini di PPR Sentul Murni, Pinggiran Dato’ Senu, Sentul.

Sumbangan berupa barang keperluan asas seperti beras, telur dan makanan lain disampaikan kepada golongan yang memerlukan seperti mereka yang terputus punca pendapatan dan mempunyai tanggungan yang ramai.

Sumbangan tersebut telah diedarkan oleh Timbalan Pengerusi LKK PAS Batu, Shukhiri Kamis.

“Semoga bantuan dapat meringankan sedikit beban mereka yang terjejas ekoran dari PKP ini,” ujar Shukhiri.

Hadir sama dalam sesi edaran tadi adalah Zurina Din, Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan.

PAS Kawasan Baru berhasrat untuk meneruskan lagi usaha mencari dana dan menyampaikan bantuan kepada mereka yang memerlukan dalam situasi sukar ini.

Sumbangan kewangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam PAS Kawasan Batu 121110000551.