Oleh : Maizatul Asida
SEGAMBUT, 13 April – PAS Kawasan Segambut turun padang bagi menyampaikan sumbangan kepada penduduk setempat yang terkesan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), baru-baru ini.
Mereka yang menerima sumbangan tersebut terdiri daripada para pemandu teksi, pendakwah bebas, pekerja kilang, pekerja pembersihan dan ibu tunggal.
Sumbangan yang disampaikan adalah berupa barang keperluan harian seperti beras, telur, gula dan makanan lain.
Ketua Penerangan PAS Kawasan Segambut, Saudara Aizat Mohamed dan Exco Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Wilayah Persekutuan, Haji Ali Jaafar telah bertemu para penerima untuk menyampaikan sumbangan tersebut.
Diharapkan semoga sumbangan ini dapat meringankan sedikit beban mereka yang terkesan dek situasi mencabar ini.
Para penerima menzahirkan ucapan terima kasih atas keprihatinan yang telah ditunjukkan oleh PAS Kawasan Segambut.