Dewan Muslimat PAS Perak merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Marang, YB Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang yang telah dilantik sebagai Duta Khas YAB Perdana Menteri ke Timur Tengah Bertaraf Menteri.
Dewan Muslimat PAS Perak menyifatkan pelantikan itu
sebagai pilihan tepat dan sewajarnya diambil kerana ianya bersesuaian dengan kelebihan beliau yang juga merupakan mantan Timbalan Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia.
Dengan merealisasikan harapan PAS melalui
Islam Memimpin Perpaduan, Dewan Muslimat PAS Perak berharap agar pelantikan ini membawa keberkatan dan membawa kesejahteraan kepada Islam khususnya di Malaysia dan negara-negara luar.
Dewan Muslimat PAS Perak mendoakan agar Allah SWT sentiasa merahmati YB Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang agar beliau dapat terus memimpin kita semua menuju kemenangan dan keunggulan Islam tercapai di persada dunia.
Sirru ‘Ala Barakatillah !
Dr Hjh Najihatussalehah Binti Ahmad
Ketua Dewan Muslimat PAS Perak
2 April 2020/ 9 Syaaban 1441H