Home Berita PAS Wilayah

Selamat Hari Kesedaran Autisme

1209
SHARE

Hari Kesedaran Autisme disambut di seluruh dunia pada 2 April setiap tahun, bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap autisme.

Masyarakat hendaklah bersikap inklusif dengan meraikan perbezaan yang ada pada mereka yang mempunyai autisme. Ini kerana, kita semua mesti berperanan ke arah menjadikan negara ini sejahtera untuk didiami oleh segenap lapisan masyarakat.

Umum mengetahui bahawa tidak mudah untuk membesar dan mendidik anak-anak autisme maka setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada ibu bapa dan para guru yang sentiasa bersabar dalam berinteraksi dengan mereka.

Justeru, Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kesedaran Autisme 2020.

Hargailah keunikan dan kebolehan individu yang mempunyai autisme, kerana mereka juga sebahagian daripada kita.

“Islam Memimpin Wanita Sejahtera”

DEWAN MUSLIMAT PAS WILAYAH PERSEKUTUAN
2 April 2020 bersamaan 8 Syaaban 1441H