Oleh: Basith Samad
KINABATANGAN : PAS Kinabatangan hari ini turun padang menyantuni pegawai perubatan di Hospital kinabatangan yang terlibat secara lansung dibarisan hadapan dalam melawan penularan pandemik Covid-19.
Sumbangan berupa bungkusan makanan tengah hari untuk pegawai bertugas di hospital berkenaan telah diserahkan oleh Jumaidin Lakalla, Penyelaras PAS Kinabatangan Dun Lamag kepada pihak hospital yang diwakili oleh pegawai perubatan yang bertugas.
Menurut Jumaidin, sumbangan yang disampaikan ini adalah daripada orang ramai yang prihatin kepada pengorbanan penat lelah yang telah mereka berikan bagi membantu pihak kerajaan menangani pandemik berkenaan.
“Inisiatif ini adalah sebagai tanda penghargaan dan solidariti kami bersama-sama wira barisan hadapan dalam melawan penularan wabak COVID-19 di daerah ini, khasnya.” Tambahnya.
“insyaAllah, PAS Kinabatangan akan terus memberikan sumbangan dalam bentuk sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam kepada mereka dan juga pengawal keselamatan hospital yang bertugas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini sehingga 31 Mac 2020 menentang pandemik ini.” Katanya lagi.
Terdahulu menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, terdapat 170 kes di Sabah dan Kinabatangan mencatatkan seramai 11 kes positif Covid-19 sehingga hari ini.